• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Rumput Vs Padi

    Jan 31, 2011


    Ada orang berkata dunia ini ibarat rumput dan akhirat itu ibarat padi. Seandainya kita menanam rumput, hasilnya rumput sahajalah yang akan tumbuh. Tetapi seandainya kita menanam padi, maka yang bakal tumbuh adalah padi dan rumput. Analogi ini sebenarnya mengajak kita untuk melihat kehidupan kita. Apakah sebenarnya matlamat kita hidup di dunia? Adakah kita ingin menjadi penanam padi atau penanam rumput?

    Jika difikirkan secara logiknya, ada benarnya analogi ini. Seandainya dalam hidup kita ini, kita telah meletakkan matlamat untuk mencapai kecemerlangan di akhirat, lalu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya, akhirnya kita bukan sekadar mencapai kecemerlangan di akhirat, malah kita akan mencapai kecemerlangan di dunia juga. Berbeza pula dengan orang yang matlamat hidupnya sekadar ingin mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia, maka itulah yang akan diperolehinya. Mengapa ini berlaku? Ini kerana orang yang mengejar akhirat adalah orang yang sibuk di dunia.

    Kata ulama', dunia ini adalah tanam-tanaman untuk akhirat. Apa yang kita tanam, sama ada rumput atau padi, akan kita tuai hasilnya di akhirat nanti. Di sini jelas dapat kita lihat betapa pentingnya dunia dan akhirat. Tanpa adanya dunia, apa yang kita mahu tuai di akhirat? Dan untuk mendapatkan tuaian yang terbaik, kita perlu memastikan tanaman kita di dunia hidup subur, sihat dan baik.


    Bagaimana mahu menjadi orang yang sibuk di dunia? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah dengan bagaimana kita melihat dunia ini. Apa yang kita nampak pada dunia ini. What you get is what you see. Apa yang kamu dapat ialah apa yang kamu perolehi.

    Maka sahabat-sahabatku, lihatlah dunia ini melalui sudut pandangan yang mencipta dunia ini. Lihatlah dunia ini umpama hamparan sejadah. Apa yang lazimnya dilakukan apabila kita duduk di atas sejadah? Ya, beramal kebaikan. Maka, jika dunia itu umpama hamparan sejadah, maka dunia adalah satu-satunya tempat untuk kita berbuat amal kebaikan sebanyak-banyaknya umpama 'orang akhirat' yang sibuk di dunia demi memastikan dia berjaya mendapat hasil tuaian yang terbaik di akhirat nanti. Wallahu'alam.

    Tinta Iftitah

    Jan 24, 2011



    Bismillahirrahmanirrahim. Iftitah kata, syukur! Jemari dah mula menari di keyboard lappy. Setelah puas bergelumang dan memeningkan serebrum dan sereblum dengan coding-coding html, siaplah akhirnya rumah kongsi [K.A.M.I] bersembilan. Siapa [K.A.M.I] bersembilan??? Insyaallah, iftitah perkenalan... [K.A.M.I] bersembilan tentulah terdiri dan terduduk oleh 9 orang anak gadis yang bersahabat melangkah sempadan daerah, negeri malah benua.

    [K.A.M.I] yang sulong ~ KAK YONG
    Nama yang tercatat di sijil kelahiran ialah Fiza Hasni binti Md Ehsan. Berasal dari Muar Johor. Graduan Kolej Islam Antarabangsa dalam jurusan Pendidikan Islam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Bertugas sebagai fulltimer KBM KL dan menetap di Kuala Lumpur.

    [K.A.M.I] yang kedua ~ KAK ZAR
    Nama diberi oleh mak dan ayah ialah Noor Zarina binti Zabidi. Berasal dari Klang, Selangor. Graduan Universiti Teknologi Mara yang berpengkalan di Segamat, Johor. Bekerja sebagai Cikgu Besar di sebuah tadika swasta di Shah Alam. Duduk di rumah mak dan ayah.

    [K.A.M.I] yang ketiga ~ KAK D
    Nama insyaallah dulu, kini dan selamanya, Nur Diyana binti Md Zamri. Asal dari Klang. Masih bersekolah tapi bukan di Malaysia. Nama sekolah California State Polytechnic University,Pomona, California. Belajar Bioteknologi. Rumah sekarang di Walnut bukan kacang.

    [K.A.M.I] yang keempat ~ I-SYAH
    Nama sebenar, Aisahtulljamiza binti Jamil. Kampung di Segamat, Johor. Juga masih bersekolah di Kolej Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Duduk kat hostel kolej.

    [K.A.M.I] yang kelima ~ KANDA HANUM
    Nama yang dianugerahkan ialah Farah Hanum binti Abdul Latiff. Datang dari Pekan Nanas, Pontian, Johor. Walaupun dari Pontian, dia bukan anak Jawa. Masih berguru di Kolej Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil seperti i-Syah. Tinggal juga di hostel kolej bersama-sama i-Syah.

    [K.A.M.I] yang keenam ~ EIZAN
    Nama yang diterima ialah Eizan binti Rahman. Asal-usul tak jauh mana. Memang budak Key Ell. Sebab tu dia biasa 'merempit' dengan sopan dan santun di jalan-jalan di Key Ell. Sama seperti i-Syah dan Kanda Hanum, masih bersekolah di Kolej Taman Teknologi Malaysia juga duduk tidur di hostel kolej.

    [K.A.M.I] yang ketujuh ~ ANIS
    Nama yang dikurniakan oleh mak ayah ialah Anisah. Negeri kelahiran, Melaka Maju. Menuntut ilmu di Technology Park Malaysia College. Berteduh dari hujan dan panas di hostel TPMC.

    [K.A.M.I] yang kelapan ~ RUDY GOESLOW
    Nama betul-betul, Nor Atiqah binti Mhd Soberi. Rumah keluarga di Shah Alam, Selangor. Belajar buat kira-kira dan akaun kat Universiti Tenaga Nasional, Muadzam Shah, Pahang. Selalu cakap dia kena campak kat tengah hutan belantara Gambang yang susah nak buat video call SKYPE hoho

    [K.A.M.I] yang bongsu ~ BELLA
    Mama dan Papa bagi nama, Nabilah binti Shamsudin. Membesar di Key Ell tapi sekarang Mama Papa dah menetap di Marang, Terengganu. Tengah belajar pasal gigi kat Universiti Al-Azhar, Cairo.

    Cukup ini sahaja iftitah perkenalan dari [K.A.M.I]. Insyaallah, dengan izin Allah, semoga dengan wujudnya rumah kongsi ini, ia dapat menjadi wadah untuk [K.A.M.I] berkongsi ilmu dan buah fikiran. Dan yang paling utama buat setiap dari kita, bukalah hati. Bukalah hati kita nescaya kebaikan akan masuk ke dalam hati-hati kita, insyaallah.

    Salam ukhuwwah,



    [K.A.M.I] - Kak Yong, Kak Zar, Kak D, i-Syah, Kanda Hanum, Eizan, Anis, Rudy Goeslow & Bella

    ~ Jangan pernah mengalah untuk terus mencari jalan-Nya... Ayuh, cari jalan ke SYURGA... Perbaiki dirimu, dan serulah yang lain... ~