• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Saman Ooo Saman...

    Mar 2, 2011

    Assalamualaikum buat yang sedang membaca...

    Hari ni saya jejakkan kaki ke pejabat pos. Niatnya nak buat kiriman pos ekspres dan bayar bil. Seperti biasa, kalau awal-awal bulan ni memang ramai la manusia kat pejabat pos. Saya pergi agak lewat, kira-kira jam 4.15 petang. Lepas dah ambil nombor giliran, saya pun duduklah di kerusi menunggu sambil belek-belek (baca: reading) buku yang saya bawa iaitu 'Lelaki-Dari-Marikh-Wanita-Dari-Zuhrah'. Buku tu dah berkurun saya beli, tapi boleh dikira la bilangan muka surat yang telah saya baca. Ha.ha.ha. Sila jangan tiru perangai saya ini. Agaknya kalau buku tu ada mulut, habis saya dimakinya. Mungkin sebab buku tu dalam bahasa Omputih, hormon malas saya meningkat begitu mendadak. Eh, mana boleh malas-malas. Dai'e tak boleh malas-malas! Sila jangan tiru ye! Kenapa saya beli (baca: reading) buku tu? Saje. Nak tambah ilmu.


    Inilah buku tu. Errr... tapi sebenarnya saya bukan nak cerita pasal buku ni pun. Hehe... Okey, berbalik ke pangkal cerita. Kat pejabat pos. Waktu tengah menunggu giliran yang agaks lama la juga, saya terdengar kerani di kaunter pejabat pos tu bersoal jawab dengan seorang makcik berbangsa Cina. Apa yang dapat telinga saya tangkap, ialah '17 saman'! Fuyyooo!!! Saman apa tu??? Sebenarnya sepanjang menunggu, perkataan 'saman' itu acapkali saya dengar. Cuma 17 saman makcik Cina tu yang buat saya kaget. Otak bekerja keras. Kenapa semua orang hari ni sibuk dengan saman? Fikir punya fikir, tiba-tiba mentol menyala muncul di atas kepala (haha!). Baru teringat, Isnin lepas merupakan tarikh akhir untuk menjelaskan bayaran saman trafik dengan diskaun 50% sebelum kadar baru dikuatkuasa. Tapi macam biasa la orang Malaysia Oh Tanah Airku ni... Dah last minit barulah nak bayar. Akibatnya, habis sesak pejabat pos dan balai polis trafik sampai sistem tergendala, nombor giliran pun habis. Hebat tak hebat orang kita? Tapi, dengar-dengar citer tempoh tu dilanjutkan lagi sampai 10 Mac 2011. Agaknya sebab itulah ramai yang nak bayar saman hari ni. Tapi macam peliks je saman tu dikumpul-kumpul sampai 17 saman. Hobi mengumpul saman ke? No komen.


    Cuba kita bagi otak kita ni bekerja kuat sikit. Kat dunia ni bila kita langgar undang-undang, kita boleh dikenakan denda atau saman. Lepas dah kena denda atau saman, kita kena bayar. Kalau tak bayar, ada hukuman lain yang lagi berat boleh dikenakan ke atas kita. Macamana boleh kena saman? Sebab ada la yang perhatikan kita. Ada pakcik polis, pakcik penguatkuasa juga pakcik CCTV. Disebabkan takut disaman atau didenda, kita begitu berhati-hati supaya tidak melanggar undang-undang secara sengaja atau tidak. Tapi kenapa kita selalu lupa ada CCTV yang lagi besar kat dunia ni? CCTV yang tercanggih dan takkan pernah rosak. Ditambah lagi dengan bodyguard kat kiri kanan kita yang giler taat setia. Tapi adakalanya kita, termasuk saya sendiri selalu terlupa akan hal ni. Langgar undang-undang Allah, tapi tak rasa apa. Agaknya sebab tak nampak 'saman' yang bodyguard kat sebelah kiri tu tulis kot. Kalau boleh nampak, agak-agak apa reaksi kita ek? Kalau saman yang dicatat bodyguard kat sebelah kiri tu dah berjela-jela, macamana nak 'bayar'? Islam bukan agama yang membebankan apatah lagi menyusahkan. Siapa yang buat dunia ni? Siapa tuan pada dunia ni? So, minta maaflah pada DIA, taubat. Janganlah berhajat nak bagi peluang kat bodyguard sebelah kiri tu buat kerja dia. Kalau rasa-rasa catatan 'saman' bodyguard sebelah kiri lagi banyak dari bodyguard sebelah kanan, cukup-cukuplah. Bagi bodyguard sebelah kiri tu rehat. Buatlah perkara-perkara yang menyebabkan bodyguard sebelah kanan terpaksa bekerja keras nak mencatat. Wallahu'alam.

    'Sekupang dariku...'

    -Lihatlah dunia ini bukan sekadar dengan mata, tapi lihatlah dengan telinga dan juga hati...


    'Setiap manusia akan diuji dengan kesusahan dan kesenangan. Bukanlah kesenangan itu jaminan kebahagiaan, dan juga bukanlah semua kesususahan itu adalah penderitaan.. Kebahagiaan itu letak dihati. Jika hati bahagia tak kira apa pun diluar sana, ia akan tetap bahagia.'
    -DiyanaTahir-

    0 comments: