• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Persamaan Dalam Perbezaan

    Nov 23, 2011

    yang sama itu ada bezanya...
    tak kira pada apa dan siapa..
    buka mata,hati dan jiwa..
    tidak perlu minta pada sempurna..

    salam'alaik..pembuka muqaddimah bicara kata..
    "persamaan dalam perbezaan"..topik kami pada tazkirah jumaat lepas..alhamdulillah..
    yang diketengahkan..persamaan pada manusia yang berbeza..manusia yang ALLAH cipta..sebagai lelaki dan perempuan..persamaan mereka adalah diciptakan mereka sebagai manusia..berbezanya mereka pada zahirnya..

    setiap individu itu berbeza..masing2 ade pendapat masing2,ada cara masing2,ada kaedah sendiri..segalanya..semua berbeza...so, kite..tak perlu mencari benar dan salah..yang benar jelas salah di pandangan mata ALLAH..kita tentang..yang masih boleh diperbetulkan..kite cube bantu untuk betulkan..

    one point here..hormat-menghormati..masing2 punye pendapat..cara selesaikan masalah..semua lain..so,kene hormat! listen to them..berbezanya mereka..contohnye, kalau ada sesuatu masalah..yang lelaki..akan berfikir mencari jalan penyelesaian..selagi ada jalan, dia usaha sebaiknya..*ini berdasarkan perkongsian dr tazkirah kami*... yang perempuan...cari teman atau seseorang untuk cerita masalah mereka..mereka akan bercerita..tanpa harap ape2 penyelesaian dari pendengar..meluahkan itu sudah cukup untuk buat mereka lega..*ini benar..saya seorang perempuan*...ini berbezanye mereka..makanya..hormat dgn apa yang mereka lakukan..bantu jika diperlukan..

    lain2 point..menjurus kepada kehidupan berumah tangga...persediaan itu perlu..memahami sebelum difahami..contoh dan teladan dari Rasulullah s.a.w jadikan pedoman..indah pembentukan keluarga Rasulullah..hebatnya Baginda bertindak sebagai ketua keluarga..tugas kita sekarang,walau belum tiba masanya, usaha mencari sebanyak mngkin ilmu agar lebih bersedia..zaman kini menuntut kite untuk lebih berjaga-jaga...insyaALLAH..setiap dari kita pasti inginkan generasi yang hebat dalam keluarga ISLAM..
    actually,topik ni meluas..byk bende yang sama dalam beza..one more..persamaan dalam perbezaan bukan hanya terletak pada lelaki dan perempuan sahaja..ia boley jadi pada sesame sendiri..sebab kite semua manusia!

    jadi..terus cuba untuk memahami dari ingin difahami..terus cuba menjadi dari mencari..terus cuba memberi dari yang menerima..insyaALLAH..bersama kita berusaha..~DEMI REDHANYA~

    perkongsian
    almumtahanah di california~
    LongBean-

    [PUISI] Aku Ithar Kamu!

    Jul 21, 2011


    Aku Ithar Kamu!

    Satu tika dia pernah berada di lubuk jahiliyyah
    Gelap, teraba-raba mencari cahaya
    Hingga satu ketika ada tangan menariknya
    Keluar dari lubuk itu
    Menghirup udara segar
    Senyuman mula terukir
    Ada sinar bahagia di mata

    Namun yang bernama 'hari' itu tak selalu cerah
    Gerimis mula turun membasahi
    Dia ketakutan
    Berlari ke sana-sini mencari perlindungan
    Bimbang gerimis kan bertukar menjadi ribut

    Dia bertemu sebatang pohon di pinggir jalan
    Lantas dia menumpang teduh di situ
    Tanpa dia sedar ada dahan dari pohon itu yang bakal menimpanya
    Dan mereka yang menyedari sekadar memandang
    Tanpa sedikit pun memberi amaran
    Apatah lagi menasihatkan
    Dan di saat akhir dia tersedar
    Lantas dia sekuat hati menjauh
    Cuba berlari dan terus berlari
    Menjauhi pohon itu

    Hari bertukar cerah
    Namun pohon itu menjadi igauan
    Igauan yang tetap terus mengekori
    Tanpa dia sedari

    Hujan ujian turun lagi
    Namun dia tetap berdiri di dalam hujan
    Berdoa dan berdoa kepada yang Mencipta
    Igauan pohon datang lagi
    Lantas dia tertanya-tanya
    Mengapa dulu mereka yang melihat sekadar melihat?
    Di mana ithar mereka?
    Bukankah aku ini sahabat kalian?
    Atas dasar apakah hubungan ini dibina?
    Mengapa tega kalian membiarkan diriku ditimpa dahan itu?

    Air mata membasahi pipinya
    Mengapa yang Mencipta menguji sedemikian rupa?
    Sudahlah dari lubuk jahiliyyah
    Kesilapan dilaku tidak ditegah
    Kemaafan dihulur entah disambut atau tidak
    Sufikah mereka?
    Tidak pernah melaku dosakah mereka?
    Atau dirinya terlalu hina?

    Ada suara menyapa
    Jangan bimbang!
    Andai dirimu tercampak ke jurang neraka sekalipun,
    aku akan terjun dan menarik dirimu keluar!
    Moga nanti kita dapat berpimpin tangan menuju ke syurga!
    Aku ithar kamu, sahabat!
    Kerana hubungan ini kujalin atas dasar keimanan!

    [NaH]
    Nida An-Hafiyya
    2159
    060711
    Secrets
    Puisi Aku Ithar Kamu!


    Coretan Nida An-Hafiyya

    Puisi ini saya hasilkan untuk menyebarkan mesej ITHAR! Menyintai sahabat melebihi diri sendiri. Indahnya hidup andai hubungan persahabatan dibina atas dasar keimanan. Persahabatan kerana Allah itu tidak mengharapkan balasan. Persahabatan kerana Allah itu perlukan pengorbanan. Persahabatan kerana Allah itu banyak dugaan dan cabaran.

    Setiap insan tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Tetapi orang yang berdosa itu perlu dibimbing, bukan ditinggalkan atau dibiarkan terus dengan kesilapan dan dosanya tanpa ditegur. Di sinilah peranan seorang sahabat andai benar hubungan yang dibina itu atas dasar keimanan, andai benar persahabatan kita kerana Allah. Maka sebagai sahabat, jika kita lihat ada sahabat kita yang 'terjun' ke dalam neraka, yang perlu kita lakukan ialah menarik tangannya, bukan menghentaknya jatuh semakin dalam. Kita akan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang lebih besar dalam persahabatan iaitu sama-sama berpimpin tangan menembus ke syurga Allah. Lihatlah pada MATAHARI, sinarnya tidak pernah terhenti melainkan kiamat memuncul diri. Kala malam menjelma, bulan mewakili, memancar dan menyuluh cahaya kesedaran. Ayuh, kita hulurkan tangan atas namaPERSAHABATAN! Jadi seperti MATAHARI!

    *ithar = menyintai sahabat melebihi diri sendiri

    Dakwah Ini Milik Siapa?

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Assalamualaikum iftitah bicara buat yang sudi membaca...
    Dalam entri lalu yang dikongsikan, saya ada menyebut tentang pesan seorang sahabat, 'Hidup ini demi dakwah!'.

    Persoalannya, milik siapakah dakwah ini? Sebelum menjawab persoalan ini, ada baiknya andai kita melihat kembali apa yang dimaksudkan dengan dakwah. Dakwah secara mudahnya boleh kita ertikan sebagai mengajak. Mengajak yang bagaimana? Amar ma'ruf nahi munkar. Mengajak berbuat kebaikan dan mengajak menjauhi kemungkaran. Dan seandainya kita lihat lebih dalam lagi, itulah peranan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini;amar ma'ruf nahi munkar seperti yang disebut oleh Allah dalam surah al-Imran ayat 110 yang bermaksud, "Kamu merupakan umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah." Jelas di sini bahawa tugas dakwah itu adalah tugas kita, khalifah Allah.


    Mengapa hidup ini perlu disandarkan kepada dakwah? Ianya tidak lain dan tidak bukan kerana memenuhi tuntutan hak syahadah (syahadatul haq) yang telah kita ikrarkan kepada Allah s.w.t. melalui lafaz syahadah yang sering kita perbaharui dalam solat-solat kita. Apa itu SYAHADATUL HAQ? Ia adalah pengakuan bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.


    'Aku naik SAKSI bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik SAKSI bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah'.
    Terdapat perkataan SAKSI dalam lafaz kalimah syahadah yang selalu kita ulang-ulang dalam solat 5 waktu sehari semalam. Namun, tahukah kita tugas seorang SAKSI itu? Tanggungjawab saksi bukan sahaja setakat berpeluk tubuh akan tetapi berani bergerak ke hadapan untuk memberitahu manusia apa yang sebenarnya yang mereka saksikan.

    Begitulah juga dengan tanggungjawab kita! “Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan solat, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya akan terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Maksudnya di sini adalah kita perlu melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran. Di sini kita dapat melihat adanya tuntutan 'dakwah' terhadap diri kita. Kerana apa? Kerana kita sudah melafazkan syahadah yang merupakan JANJI kita kepada Allah.

    Selama ini kita mengaku bahawa kita seorang Muslim kerana kita telah melafazkan syahadah. Namun adakah kita telah menunaikan segala hak syahadah atau dengan kata lain MELAKSANAKAN DAKWAH danMENJADI DAI'E? Menjadi dai'e itu tidak semestinya kita berceramah di khalayak ramai. Di zaman moden ini terlalu banyak mekanisme atau metodologi atau wasilah yang boleh digunakan sebagai 'alat' dakwah. Dakwah itu boleh disampaikan melalui penulisan di blog, facebook, twitter, Yahoo Messenger, malah dakwah juga boleh disampaikan melalui perbuatan dan tingkah laku yang kita pamerkan.

    Dakwah ini milik siapa? Dakwah ini milik kita. Namun andai kita menolak tuntutan dakwah ini, kitalah manusia yang paling rugi. Kerana apa? Kerana kitalah sebenarnya yang memerlukan dakwah. Dakwah tidak memerlukan kita kerana dakwah akan tetap terus berjalan walaupun tanpa kita. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud,

    "Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu."

    Ya 'hurrayyah...
    Ayuh! Aku, kau dan kita sama-sama bangun dan sedar akan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan ini...
    Semoga aku, kau dan kita terus diberikan kekuatan di jalan dakwah ini...
    Semoga aku, kau dan kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang ingkar... Na'udzubillah min dzalik!

    "Agar dunia menjadi saksi, kelak tiada alasan diberi..."

    Akhirul kalam,
    Nida an-Hafiyya

    Tarbiyyah Politik Hassan Al-Banna

    Assalamu'alaikum wbt.
    Alhamdulillah syukur pada zat Allah yang Maha memberi rezeki. Baru-baru ini saya diberi kesempatan untuk menghadiri satu daurah yang menampilkan Sheikh Jum'ah Amin mengupaskan isu tentang "Tarbiyyah Ikhwanul Muslimin dan Peranannya Dalam Membangunkan Masyarakat. Majlis ini diadakan di Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam. Mendengar sahaja point2 yang dibahas oleh Sheikh Jum'ah di dalam logat 'arabnya lalu diterjemah ke bahasa Melayu membuatkan saya tertarik untuk lebih mengenali Ikhwan Muslimin. Inilah antara apa yang saya dapat setelah membuat sedikit tela'ah.

    Saya mengenali Hasan Al-Banna sebagai seorang mujahid dakwah yang tidak hanya mewariskan Ikhwanul Muslimin yang kini menjadi gerakan Islam terbesar di dunia. Ia juga mewariskan pemikiran-pemikiran yang sangat berharga bagi dunia Islam, tidak hanya bagi Ikhwan. Kontribusi pemikirannya telah memenuhi ruang sejarah tersendiri yang sampai kini terus dikaji dan diadapsi oleh banyak gerakan Islam di seluruh negara. Begitu jua pemikirannya dalam bidang politik.

    Melalui buku At-Tarbiyah As-Siyasiyah 'Inda Hasan Al-Banna, yang diterjemahkan menjadi Tarbiyah Politik Hasan Al-Banna ini, Dr. Yusuf Qardhawi mengupas dimensi aspek politik yang original dan detail tentang aspek politik dalam metod tarbiyyah yang digagas oleh Hasan Al-Banna. Buku yang diterbitkan dalam rangka memperingati seratus tahun kelahiran Hasan Al-Banna ini diselesaikan Dr. Yusuf Qardhawi dengan terlebih dahulu mengkaji perkataan Hasan Al-Banna melalui berbagai kumpulan risalahnya, kemudian melakukan muqaranah (komparasi) antara perkataan Hasan Al-Banna satu sama lain, dan metod an-naqd al-‘ilmi al-maudhu’i (kritik ilmiyah tematik). Dengan metod itu, Dr. Yusuf Qardhawi mendapatkan kesimpulan 8 tuntutan tarbiyah politik Hasan Al-Banna dan ia berbeza pendapat serta mengkritisi Hasan Al-Banna pada tuntutan ketujuh.

    Lapan Tuntutan itu adalah :

    1. Memadukan antara Islam dan politik (agama dan negara)
    2. Membangkitkan kesedaran wajib membebaskan tanah air Islam
    3. Membangkitkan kesedaran wajib mendirikan pemerintahan islami
    4. Menegakkan eksistensi umat Islam
    5. Menyedarkan kewajiban persatuan Islam
    6. Menyambut sistem undang-undang dan parlimen
    7. Mengkritisi multiparti dan kepartian
    8. Melindungi kelompok minoriti dan unsur asing

    Dimana,

    Memadukan antara Islam dan politik (agama dan negara)
    Hasan Al-Banna berusaha keras mengajarkan umat Islam tentang syumuliyatul Islam(kesempurnaan Islam). Apalagi pada awal dakwahnya, masyarakat Mesir masih memahami Islam secara sebahagian bahawa Islam adalah rukun iman dan rukun Islam. Sementara politik, pendidikan, ekonomi, dan lain-lain tidak masuk dalam urusan adDeenul Islam.
    Hasan Al-Banna dalam banyak kesempatan sangat menekankan pentingnya kembali pada syumuliyatul Islam. Begitu pun beliau mencantumkan perbahasan ini di awal ushul isyrin (20 prinsip pokok Ikhwanul Muslimin dalam memahami Islam). Dalam lingkup inilah dakwah Hasan Al-Banna berada. Ia ingin menghilangkan pemikiran sempit dan jumud yang mengurung sekelian masyarakat Islam dalam ritual tertentu. Ia ingin membina umat Islam dengan pemahaman dan cakrawala luas yang mampu mengiring terbentuknya pribadi Islam yang diidam-idamkan.

    Membangkitkan kesedaran wajib membebaskan tanah air Islam
    Inilah tuntutan kedua dalam tarbiyyah politik Hasan Al-Banna. Memperkuat kesedaran dan mencetus sentimen wajib membebaskan tanah air Islam daripada penjajahan dan penguasaan asing. Meskipun saat itu Mesir sendiri masih berada di bawah penguasaan Inggeris, Hasan Al-Banna juga berfikir jauh ke negara-negara lain yang harus dibebaskan daripada penjajahan dan penguasaan asing, termasuk Indonesia. Tentu saja ini adalah implikasi dari pemahaman bahwa umat Islam adalah satu tubuh dan tanah air Islam tidak dibatasi oleh sekat-sekat geografi, melainkan seluruh bumi di mana di atasnya dikumandangkan syahadah.
    Upaya menyedarkan umat ini juga ditunjukkan secara faktual dengan keterlibatan Ikhwan mengusir penjajah dari Mesir dan Sudan, pengiriman mujahidin ke Palestin, sampai menekan pemerintah agar mendukung kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945.

    Membangkitkan kesedaran wajib mendirikan pemerintahan Islami
    Tuntutan yang kedua di atas sebenarnya hanyalah sarana. Tujuan utamanya adalah menegakkan kewujudan umat Islam agar hidup dengan aqidah dan syariat Islam. Untuk itu, setelah membebaskan negara dari penjajahan dan penguasaan asing, target berikutnya adalah mendirikan pemerintahan yang islami.
    Eksistensi umat Islam tidak mampu tegak kecuali jika belenggu penjajahan di segala aspek, baik ekonomi, politik, undang-undang, dan sebagainya dapat dibebaskan, lalu diatur dengan sistem Islam. Dari sini kita mengetahui, bahwa mendirikan pemerintahan Islami merupakan kewajiban, sekaligus keperluan yang mahu tidak mahu harus ditunaikan. Atas dasar inilah sampai saat ini Ikhwan di berbagai negara berupaya merealisasikan tarbiyyah politik Hasan Al-Banna untuk mendirikan pemerintahan islami baik dengan mendirikan parti politik atau metod lain. Namun demikian, mendirikan pemerintahan Islami ini bukan hanya tugas Ikhwan, siapapun yang berhasil mendirikannya perlu disokong bersama.


    Menegakkan eksistensi umat Islam
    Tuntutan keempat dari tarbiyyah politik Hasan Al-Banna adalah menegakkan eksistensi umat Islam agar mampu mengatur kehidupan masyarakat Islam di wilayah negaranya dan juga dunia internasional dalam satu ikatan di bawah panji Islam.
    Islam telah membuktikan tegaknya kewujudan umat dalam skala besar, mengumpulkannya dengan aqidah yang satu, syari'at yang satu, nilai-nilai yang sama, adab yang sama, pemahaman dan syari'ah yang sama serta dalam satu kiblat. Cukuplah mempersatukan umat dengan tiga perkara: pertama, kesatuan referensi(wihdatul maraji’iyah), semuanya berhukum dengan syariah Islam yang bersandar pada Al-Qur’an dan Sunnah; kedua, kesatuan tanah air Islam (wihdatu darul Islam), meskipun terdiri dari banyak negara yang jaraknya berjauhan; ketiga,kesatuan kepemimpinan (wihdatul qiyadah as-siyasiyah), yang diwujudkan dengan khalifah sebagai pemimpin tertinggi.


    Menyedarkan kewajiban persatuan Islam
    Tuntutan kelima ini melengkapi tuntutan keempat, iaitu membangunkan kesedaran wajib mempersatukan umat. Tuntutan ini merupakan tuntutan wajib dalam Islam sekaligus tuntutan aksiomatik secara duniawi.
    Dalam hal ini tidak ada kontradiksi antara persatuan Islam dan nasionalisma yang kita kenal. Persatuan Islam juga tidak membatalkan kefahaman kebangsaan atau kesukuan. Dalam risalah dakwatuna, Hasan Al-Banna telah menjelaskan bagaimana sikapnya terhadap berbagai kefahaman termasuk nasionalisma dan kebangsaan. Meskipun istilahnya sama, tetapi ada berbagai variasi yang dimaksudkan dengan satu istilah itu. Dan kerananya, kita tidak boleh men'generalisasi'nya.

    Menyambut Sistem Undang-undang dan Parlimen
    Terkadang sebahagian orang dan sebahagian ikhwan mendengarkan slogan “Al-Qur’an dusturuna” itu ertinya mereka menolak apapun hukum positif. Tetapi sebenarnya, yang dimaksudkan dengan slogan itu adalah menjadikan Al-Qur’an sebagai ruju'kan tertinggi, kepadanya lah kita kembalikan segala urusan. Maka aturan-aturan di bawahnya tidak boleh bertentangan dengan Al-Qur’an.
    Dengan demikian, boleh bagi umat Islam untuk membuat aturan-aturan yang lebih detail yang merupakan pecahan-pecahan dari Al-Qur’an untuk diimplementasikan dalam kehidupan, serta aturan-aturan detail lainnya selagi ia tidak bertentangan dengan Aqidah dan syariat Islam sebenar.


    Mengkritisi Multiparti dan Kepartian
    Tuntutan ke-7 dari tarbiyyah politik Hasan Al-Banna adalah ketidaksetujuannya dengan parti-parti yang ada di Mesir saat itu serta ketidaksetujuannya terhadap multiparti. Hasan Al-Banna melihat bahwa banyaknya parti justeru membawa mafsadat bagi umat kerana yang terjadi adalah perpecahan umat akibat sikap fanatik dan taksub pada parti. Di samping itu, parti-parti yang ada juga tidak mewakili umat secara benar, bahkan kecenderungan ia ditubuhkan hanya untuk meraih kekuasaan tanpa memiliki basis ideologi Islam. Tidak banyak perbezaan program dari semua parti, tetapi semuanya ingin berkuasa dan mendapatkan keuntungan kebendaan. Kerananya, Hasan Al-Banna lebih setuju pada konsep parti tunggal agar rakyat -Mesir khususnya, saat itu- mampu bersatu dan lebih mudah mencapai tujuan.
    Pada tuntutan ke-7 inilah Dr. Yusuf Qaradhawi berbeza pendapat dengan Hasan Al-Banna. Kerana parti tunggal justeru mendatangkan mudarat yang lebih besar bagi umat, terutama munculnya diktatorisma seperti yang kemudian terjadi di Mesir saat Gamal Abdul Naser melancarkan revolusi lalu menghapus parti-parti dan menghimpun rakyat di bawah jargon “persatuan nasional”. Faktor ini mungkin belum disedari oleh Hasan Al-Banna sebelumnya. Meskipun begitu, Hasan Al-Banna telah mendapatkan pahala atas ijtihadnya, insyaAllah.

    Perlindungan bagi Kaum Minoriti dan Orang Asing
    Inilah tuntutan ke-8 tarbiyyah politik Hasan Al-Banna. Dan memang inilah Islam. Ia rahmatan lil ‘alamin. Islam pada dasarnya melindungi siapa sahaja yang tidak memusuhi Islam. Apalagi jika pihak non muslim itu tunduk di bawah naungan negara Islam. Ini sangat berbeza dengan kefahaman kelompok-kelompok garis keras yang cenderung mengambil langkah kekerasan sebagai prioriti utama dalam bersikap menghadapi orang asing.
    Dalam fakta sejarah, kita telah mendapatkan perlindungan Nabi kepada kaum Yahudi Madinah, perlindungan Umar pada Nasrani Palestin, juga perlindungan Shalahudin Al-Ayubi pada Nasrani Palestin, dan lain-lain. Saat Islam memegang kekuasaan, kaum minoriti akan terlindung, karena Islam adalah rahmatan lil ‘alamin.

    Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah SWT, dan yang buruk itu juga daripada Allah SWT tetapi bersandarkan pada diri saya yang lemah dan serba kekurangan ini. InsyaAllah, kita ambil yg jernih dan jernihkan yg keruh. Bi Iznillah. Semoga kita sama-sama kuat untuk Agama Allah. Wallahuta'ala 'alam.

    Referens---->
    Tajuk Buku : Tarbiyah Politik Hasan Al-Banna: Referensi Gerakan Dakwah di Kancah Politik
    Penulis : Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
    Penerbit : Arah Press, Jakarta

    Untukmu Bidadari

    Jun 1, 2011



    bidadari,
    bidadari...
    di mana kau?
    ke mana kau?
    lelah langkah, tercungap nafas..
    terlalu besar mimpi di jiwa,
    hakikatnya penuh lumpur berlumur..
    tinggalkan aku,
    tinggalah...
    aku hanya hanya hamba.
    aku hanya Abdullah..

    ******

    salam'alaik ya 'Hurr..

    Bidadari,
    mungkin bukan diriku bidadari yang engkau cari,
    ia ada dalam dirimu sendiri,
    tidak jelas nampak di luar
    mungkin bersinar di dalam...

    ya 'Hurr..
    mimpi dijiwa pasti amat besar,
    ku pohon dan pasti kau juga memohon
    agar mimpi yang begitu besar itu menjadi kenyataan
    bila ia terukir, bersama kita bersihkan segala lumpur dan lumur
    kerana, ia untuk kita bersama..
    yang telah ditakdirkan ALLAH atas setiap yang berlaku
    aku juga hanya hamba ALLAH...
    malah hanya insan kerdil yang bergelar aisyah..
    untukmu & untukku..
    bersama menuju RedhaNYA..ITU PASTI!!!

    ~LONG BEAN~

    *************

    BIDADARI,
    jiwamu bidadari,
    jantung hatimu bidadari,
    dekatnya bidadari itu,
    terkadang terlepas pada pandangan.

    gengam itu bidadari,
    pelangi itu untukmu,
    hilangkan lelah itu,
    biar lelah itu lelah membontoti langkahmu...

    mimpi di jiwa selalu menggetarkan naluri,
    mencabar dan tercabar
    namun bermimpilah kerana
    mimpi menyulam realiti,
    lumpur berlumur,
    intan ada padanya..

    melangkahlah bersama bidadari
    jangan meninggalkan
    jangan minta ditinggalkan
    Ana 'abid Allah
    Ana khalifah Allah
    Ana dan bidadari adalah sama,
    mari ikat qalbu kita
    dengan tali aqidah yang satu
    pada tiang jihad mencari mardhotillah..

    bidadari
    hulur tanganmu,
    membantu mereka yang menghulurkan tangan padamu.
    tiada madah seindah bahasa
    ini hanya warkah,
    semilir yang menenangkan..
    insyaALLAH..

    SENYUMLAH..

    ~CAHAYA KASIH~

    ****************

    Cantikkah Aku Di MataNYA??




    Bismillahirahmanirahim
    Alhamdulillah.. diberi kekuatan untuk bertinta di "salju sakinah". Hati ini terlalu rindu untuk menulis. Namun kerana kekangan masa (atau alasan), membuatkan diri terasa tersekat. Salju Sakinah hanya dipenuhi dengan perkongsian istimewa dari karya insan insan lain yang sudah ku pohon kebenaran mereka. Sesungguhnya ALLAH itu pemilik segalanya. Allah jugalah yang mengurniakan kekuatan dan idea untuk menulis. Adakah mungkin selama ini hati tidak cukup ikhlas sehingga kehilangan upaya untuk menulis? Keikhlasan hati hanya ALLAH yang mengetahui.

    CANTIK

    Tidak tahu mengapa hati ini begitu menjerit menjerit untuk menulis berkenaan cantik. Wanita dan kecantikan begitu sinonim. Apatah lagi diriku... pengunjung tetap Salju Sakinah pasti mengetahui kisah silam ku yang penuh kegelapan. Tidak dinafikan, sewaktu dahulu aku seorang yang obses terhadap kecantikan. Kecantikan adalah segalanya. Namun, Alhamdulillah.. ALLAH telah menunjukkan JALAN yang diredhaiNYA.. baru sekarang ku sedikit mengerti kecantikan sejati seorang wanita muslimah.

    Namun, kekadang timbul kerisauan di dalam hati. Bukan niatku untuk riak atau menunjuk nunjuk. Ku memohon ampun buat jiwa jiwa yang bakal terasa berkaitan tulisan ku ini. Aku juga mengharapkan dan memdambakan keampunan dari Rabbku.. Sesudah perubahan ini, ku masih berasa cantik itu sinonim dengan diriku. Astaghfirulllah al azim, ku masih menerima pujian dari teman teman malah ada teman teman yang berusaha untuk menjadi cantik sehingga berhabis habisan. Ya.. memang impian ku untuk menjadi muslimah yang cantik, bak kata diriku sebelum berubah dulu

    Nanti kalau I pakai tudung, I nak jadi fashion icon muslimah!

    Astaghfirullah al azim... bukan niat untuk menunjuk nunjuk.. ampunkan diriku Ya ALLAH tetapi aku tidak tahu.. mengapa setiap pemakaian ku, setiap cara dan gayaku menjadi bualan dan ikutan. Ah.. aku tidak mahu menjadi fitnah kepada dunia kerana wanita itu bisa menjadi perhiasan dunia malah bisa juga menjadi fitnah yang amat dasyat! Inginku tekankan disini.. aku harap diriku dan juga muslimah yang lain tidak terlalu mengejar gelaran cantik. Mengapa kita hendak cantik? Adakah kerana ALLAH?

    Pernah membaca tulisan seorang ikhwan, yang sedikit berkesan juga di dalam hati. Katanya, perempuan mahu cantik untuk apa.. sudah tentu untuk dilihat lelaki kan. Sedangkan Fatimah A.s puteri kesayangan Rasulullah S.A.W sendiri menegaskan bahawa yang terbaik untuk wanita itu adalah tidak melihat dan tidak dilihat oleh lelaki lain.

    Jiwaku menjerit rasa bersalah. Adakah corak pemakaianku yang menjadi pengaruh kepada sahabat sahabat lain sehinggakan ku berasa mereka terlalu ingin menjadi cantik sehingga cuba menjadi orang lain? Bagiku.. kecantikan sejati itu adalah apabila kita menjadi diri kita sendiri. Tidak perlu kita menjadi orang lain.

    Menulis tajuk entri ini di Facebook.. mendapat komen dari seorang adik yang ku kenali semasa Minggu Aluan Pelajar Pusat Asasi UNIMAS

    Bukan paras rupa menjadi ukuran tetapi hati yang suci keikhlasannya menjadi pilihan

    SubhanALLAH.. komen yang berkesan dari adik fathihi.. terima kasih dik.. komen ini seolah olah menjadi pukulan keras buat kami wanita muslimah. Muslimah ku sejati, mengapa kita ingin cantik?
    Mengapa kita ingin cantik?
    Mengapa kita ingin cantik?

    Berulang kali mengajukan soalan sebegini kepada rakan rakan. Memang diakui diri ini sangat suka pada kecantikan, dan bidang kecantikan sememangnya menjadi minat yang mendalam. Namun, adakah perlu kita terlalu mengejar kecantikan, terlalu obses dengan kecantikan? Jadilah diri kita yang sebenar.. jangan kita cuba meniru atau menjadi gaya orang lain..

    Jangan kerana kecantikan dunia, kita gadaikan kecantikan di sisi ALLAH.. adakah pakaian kita mengikut syariat? Adakah batas pergaulan kita cantik? Adakah bacaan Al Quran kita cantik? Adakah solat malam kita cantik? Adakah ibadah sunat kita cantik?

    Terasa lidah kelu untuk menjawab soalan soalan sebegini. Namun apabila ditanya, adakah anda punya jubah yang cantik? Adakah anda punya tudung yang cantik? Adakah anda mendapat pujian kerana baju anda cantik?

    Terasa bangga untuk bercerita kepada teman teman,

    " saya ada jubah yang cantik"
    "saya juara busana muslimah"
    "Ada orang puji baju saya sampai nak tengok baju saya lagi"

    Kerana cantik.. perasaan riak akan tumbuh.. hati akan lalai dan seterusnya mati.. jadi muslimah ku sekalian.. yang mana satu pilihan kalian.. pujian dari manusia atau kecantikan di sisi ALLAH?

    dipetik dari SINI

    Astaghfirullah...
    Semoga kami memilih untuk cantik disisi ALLAH.. insyaALLAH..
    jazakillahu khairan kathira buat pemilik blog layakkahakumenjadibidadari..
    bingkisan buat sekalian muslimah dan terutamanya diriku...

    ~yang indah itu bukan hanya dipandang mata..
    yang cantik itu bukan pujian semata..
    pelihara yang telah dicipta..
    semoga tetap dijalanNYA..insyaALLAH~
    -hanya hamba ALLAH-

    ~di saat AkU mENcINtAi DirIMU~

    Mar 21, 2011


    bismillah pembuka rentak tarian keyboard my "handsome" mr lenovo..truely..deep in my heart..my mr lenovo was very handsome..hoho..

    no time to describe about my mr lenovo..proceed to our topic.."di saat aku mencintai diriMU"..
    ALHAMDULILLAH..SYUKUR YA ALLAH..actually..ada satu entry pasal "cinta" yang tidak tertaip dlm longbean-longbean ni..now.ALLAH beri ilham untuk masukkan entry pasal "cinta" ari ni..mungkin kisahnya berbeza..insyaALLAH..terterbitnya ilham..apabila mendengar lagu " di saat aku mencintaimu" from dedali..terdengar apabila terklik pada satu laman blog..cam tu lah lebih kurang "pertemuan" antara aku dan "dia"..chewwah..meh sini..nak bagi kalian clear sikit pasal lagu ni..baca bait2 lirik di bawah ni..

    lirik di saat aku mencintaimu-Dedali-
    Mengapa kau pergi
    Mengapa kau pergi
    Di saat aku mulai mencintaimu
    Berharap engkau jadi kekasih hatiku
    Malah kau pergi jauh dari hidupku

    Menyendiri lagi
    Menyendiri lagi
    Di saat kau tinggalkan diriku pergi
    Tak pernah ada yang menghiasi hariku
    Di saat aku terbangun dari tidurku

    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencintai dirimu

    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencinta

    Menyendiri lagi
    Menyendiri lagi
    Di saat kau tinggalkan diriku pergi
    Tak pernah ada yang menghiasi hariku
    Di saat aku terbangun dari tidurku

    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencintai dirimu

    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencinta
    Semoga engkau kan mengerti
    Tentang perasaan ini
    Maaf ku telah terbuai
    Akan indahnya cinta

    Maaf sungguh ku tak bisa
    Untuk kembali padamu
    Maaf ku telah terbuai
    Akan indahnya cinta
    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencintai dirimu

    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencinta
    Aku inginkan diri mu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencinta

    *lirik jer ni..nak dengar lagunyer..sila ke youtube..>_<

    sambil lagu ni dimainkan di corong speaker mr lenovo..diri ini di soal..
    "akak teringat sape bile dengar lagu ni?"
    fuhh..mule2 mmg tertelan gak air liur..tp tak sehebat dulu apabila soalan cepu emas begini di utarakan..huh...lantas dengan sepantasnya..
    "cuba kita gantikan "MU" itu dengan "maut"..
    perbualan diteruskan..
    "akak memang nak maut datang ker?"
    once again..perghhh..mantap soalan sahabat aku sorang ni,.
    sambil mengangguk perlahan.."bukanke kite kene sentiasa ingat mati?" monolog hatiku.."ya ALLAH..andai saat ini aku dipanggil..aku rela..insyaALLAH"..kami terdiam..dan terus melayan lagu ni..dan diriku terus berbicara..
    "kita boleh gak ganti "MU" tu dengan ALLAH.."
    kami terangguk bersama..
    "ermmm..tapi ALLAH tak pernah tinggalkan kita"..jawab sahabat..
    "betul..tapi,kita sendiri yang menganggap ALLAH tinggalkan kita bila kita terasa susah..kita tak pernah fikir yang ALLAH itu selalu ada..kat situ,barulah kita mencari-cari ALLAH.."
    bicara dua orang sahabat terhenti begitu sahaja~

    tarian irama keyboard diteruskan..
    kawan-kawan...
    bila kita senang..
    pernah kita fikir ALLAH ada bersama kita??
    pernah kita fikir ini semua pemberian dari NYA??
    pernah kita rindu kat DIA??
    pernah ker??
    fikirlah kejap ea...kejap jer..tak sampai 5 minit pun..jawab ikut kerelaan hati dan perasaan...diiringi dengan kewarasan akal fikiran..

    bagi tiap2 insan yang membaca..tak kisahlah nak menganggap atau terfikirkan watak apa yang ada dalam lagu tersebut..ia hanya sandaran semata-mata..pilihan itu ada di tangan masing2..
    yang diriku faham dgn bait2 lagu ini..meletakkan watak "diriMU" sebagai ALLAH..
    kita "teranggap" bahawa ALLAH tinggalkan kita sendirian..tapi itu salah!
    ALLAH tak pernah tinggalkan kita..tak pernah!!
    ALLAH bagi kita ayat2 semangat..ayat pujuk untuk tiap diri yang terasa lemah..
    "la tahzan,innaALLAHha ma'ana"-jangan bersedih,sesungguhnya ALLAH bersama kita-
    Pujuklah hati2 itu dengan ayat2 cinta ALLAH..insyaALLAH..hati itu akan kembali tenang..itu adalah sebaik-baik ketenangan..

    ~ya ALLAH..aku sangat menginginkan diriMU..Datang dan temui aku..aku ingin katakan,aku sangat mencintaiMU..jangan KAU pergi YA ALLAH..jangan biarkan diriku menyendiri..isikan hari2 ku dengan keindahan ciptaanMU..penuhkan dadaku dengan ucapan syukur pada MU..ya ALLAH..diriku ini sangat lemah..aku lupa bila aku bahagia..ENGKAU yang beri kebahagiaan itu..bila aku sedih..aku menangis mencariMU..maafkan hamba ini ya ALLAH..sungguh,aku inginkan diriMU! terus pegang hatiku ini ya ALLAH..terus pegang tanganku..terus pimpin aku ya ALLAH..ku mohon aku tidak ditinggalkan di saat aku mencintai diriMU~
    LoNgBeAn
    2.35 am
    hostel tpmc~

    inspirasi dari:
    di saat aku mencintaimu-dedali-
    seorang sahabat yang mengajukan persoalan..thanx!
    ilham untuk akak..=)
    entry ni khas untuk diriku yang terasa amat rindu pada yang MAHA PENCIPTA RINDU..yang teramat rindu pada KEDUA IBU BAPAKU saat ini..yang teramat rindu adik-beradikku..yang teramat rindu pada sahabat2ku..yang teramat rindu pada setiap detik yang berlalu..yang sangat merindui bila tiba saatnya aku kembali kepada TUAN yang berhak ke atas diriku..
    dari diriku yang sentiasa ingin mencintaiMU..izinkan aku terus melangkah ke arah itu~
    yang ku cari..pasti REDHA ILAHI..waalahua'alam~

    sekian salam sayang dan seribu kemaafan dari hamba yang sering melakukan kesilapan~
    -copy from longbean-longbean.blogspot-